Jika dilihat dari mata kasar tentu ramai yang menyangka ini hanyalah fenomena biasa daun-daun yang luruh dan sebagainya. Tapi percaya atau tidak ini adalah salah satu fenomena paling unik untuk dilihat berlaku setiap tahun.
Percaya atau tidak ini adalah rama-rama Monarch yang sedang melakukan penghijrahan.
Penghijrahan rama-rama Monarch merupakan salah satu peristiwa biologi yang agak menarik berlaku di muka bumi. Ianya merupakan satu pandangan luar biasa untuk dilihat yang melibatkan ribuan, mahupun berjuat rama-rama Monarch dalam penghijrahan di hutan Oyamel Mexico dan juga California Selatan. Penghijrahan ini melibatkan beribu-ribu kilometer dari negara di utara seperti Kanada.
Apabila musim sejuk bermula dan suhu menurun di Selatan, rama-rama Monarch akan mula berhijrah ke selatan yang bersuhu lebih hangat. Tidak seperti burung, rama-rama Monarch tidak berupaya terbang dengan kelajuan 12 batu sejam dalam perjalanannya yang mencecah 5, 0000 kilometer.
Apa yang lagi menarik tentang penghijrahan ini ialah tidak satu pun rama-rama ini berjaya sampai ke destinasi penghijrahan kerana usianya yang begitu singkat. Kebiasaannya satu penghijrahan mengambil masa tiga atau empat generasi rama-rama ini. Ini terus akan berlaku kerana kod genetik yang sudah terbentuk dalam naluri rama-rama untuk melakukan penghijrahan.
Penghijrahan kebiasaannya berlaku sekitar Oktober, iaitu apabila suhu mula menurun. Dalam sehari, rama-rama ini mampu terbang hingga 50 batu sahaja. Rama-rama ini cenderung untuk menggunakan pokok yang sama pada satu-satu masa bagi mengelakkan dari suhu sejuk.
Kredit: thecircumference.org & AmusingPlanet
Kongsikan satu pengalaman luar biasa ini dengan rakan-rakan. Bumi ini penuh dengan misteri dengan keajaiban.
perghh...canyik giler...kalau lah boleh tgk degan mata sendiri mesti lagi canti..subhanallah..
ReplyDeleteItulahkan. Kalau lah ada di Malaysia sure menarik. Boleh buat tarikan pelancong. hehe
Delete