[Gambar] 10 Tempat Awesome Wajib Dilawati Di Seluruh Dunia - Siri 2

Pada Siri 1 (Klik sini untuk baca) kami ada kongsikan 10 lokasi menarik untuk dilawati di seluruh dunia. Dan untuk Siri 2 ini, lagi 10 lokasi-lokasi menarik akan dikongsikan untuk pengembara-pengembara di luar sana. Lokasi-lokasi ini terletak di berlainan negara dengan keindahan yang diluar imaginasi kita. Jom sambung Siri 2.

1. Air Terjun Victoria di Sempadan Zimbabwe dan Zambia, Africa
Air terjun ini mempunyai ketinggian setinggi 355 kaki terletak di sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Ianya adalah air terjun terlebar di Africa. Di sini terdapat kolam yang dinamakan sebagai Devil's Pool di mana pengunjung boleh berada betul-betul di tepi air terjun yang jatuh ini. Seram atau menarik?

2. Trolltunga di Hordaland, Norway
Trolltunga adalah batu yang tergantung di penghujung gunung dengan ketinggian 2,000 kaki. Namanya bererti lidah Troll dalam bahasa tempatan hanya dibuka untuk pengunjung pada pertengahan Jun hingga pertengahan September sahaja.



3. Pantai Whitehaven di Kepulauan Whitsunday, Australia
Pantai yang tersohor dengan keputihan pasirnya ini dipercayai dibawa oleh ombak laut sepanjang sejuta tahun lalu. Pasirnya yang sangat halus dan tidak menyerap haba menyebabkan ianya sangat selesa apabila berkaki ayam. Berdasarkan sumber, pasir ini boleh merosakkan barangan elektronik, mungkin disebabkan cas-cas yang ada.

4. The Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat

The Grand Canyon adalah sebuah destinasi yang dilabelkan sebagai salah satu di antara tujuh keajaiban dunia. Gunung ganang penuh di lokasi sepanjang 277 batu panjang dan 18 batu lebar.

5. Gua Marmar di General Carrera Lake, Patagonia (Argentina dan Chile)
Gua marmar ini juga dikenali sebagai Marble Chapel dan Marble Cathedral oleh penduduk setempat, berada di tengah-tengah kolam yang besar. Ianya terbentuk hasil dari hakisan ombak selama 6,000 tahun.

6. Terowong Cinta di Klevan, Ukrain
Landasan keretapi ini diselindung oleh pepohon sekeliling dan menjadi salah satu lokasi kegemaran pelancong untuk melahirkan rasa cinta pada pasangan mereka. Bagaimanapun, menurut sumber, landasan ini masih lagi digunakan.

7. Salar De Uyuni di Potosi dan Oruro, Barat Daya Bolivia
Kawasan yang kelihatan seperti cermin ini adalah takungan air bergaram yang tercetek dan terbesar. Ianya akan kelihatan seperti cermin di waktu musim hujan.

8. Telaga Enchanted di Chapada Diamantina, Bahia, Brazil
Terletak di Taman Negara Chapada Diamantina, telaga ini mempunyai kedalaman 120 kaki dan airnya sangat jernih hingga anda boleh melihat batu-batu di dasarnya.

9. Ngarai Kiran (Antelope Canyon) di Arizona, Amerika Syarikat
Selain The Great Canyon, di Arizona juga terdapat Antelope Canyon yang terletak berhampiran Page, Ariz. Ngarai ini terbahagi kepada 2 bahagian yang lebih dikenali sebagai "The Crack" dan "The Corkscrew".

10. Rumpunan Buluh Arashiyama di Kyoto, Jepun
Lokasi yang lebih dikenali sebagai Hutan Buluh ini terletak di Kyoto, Jepun. Kawasan ini hanya dipenuhi pokok buluh menegak dan sangat sesuai untuk merehatkan minda.

Jadi itulah 20 lokasi menarik di seluruh dunia yang boleh anda kunjungi (Siri 1 dan Siri 2). Lokasi mana yang paling anda ingin kunjungi? Ataupun yang sudah anda kunjungi?

Ingin kami tambah lagi lokasi-lokasi menarik? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Laporan asal: Buzzfeed

0 Response to "[Gambar] 10 Tempat Awesome Wajib Dilawati Di Seluruh Dunia - Siri 2"

Post a Comment