10 Logo Kereta Dunia Yang Menarik

logo kereta dunia

Logo adalah satu simbol kebanggaan bagi jenama-jenama terkemuka di seluruh dunia. Begitu juga dalam bidang automotif. Pemilik jenama kereta sememangnya mahukan logo kereta menjadi satu simbol kebanggaan, ketahanan dan kekuataan yang ada dalam produk mereka. Sesetengahnya kelihatan agak bosan dan banyak juga yang begitu menarik.

Logo kereta dunia yang terbaik tidak semestinya menghasilkan kereta yang terbaik dalam dunia malah kadang-kadang ianya agak teruk. 6 daripada 10 senarai logo kereta dunia yang terbaik ini merupakan syarikat yang sudah terkubur dan ada juga yang menunggu masa sahaja. Jadi secara teorinya, lambang yang bagus tidak dapat menjamin kualiti produk yang baik.

Berikut adalah 10 logo kereta dunia yang terbaik;

logo kereta dunia

10) Cardillac
Ramai yang berfikir bahawa Porche mempunyai logo yang paling kuat dalam keluarga logo crest. Namun mereka agak salah kerana Cardillac mempunyai gaya asas yang sama tetapi bentuknya bukan kuda yang membosankan. Cardillac merupakan antara pembuat kereta terbaik dunia tetapi pilihan mereka sebagai ikon kereta adalah itik.

logo kereta dunia

9) Mercedes-Benz
Kereta yang berasal dari German ini adalah ketua kepada segala keringkasan dalam logo keretanya. Ini kerana logo kereta dunia ini penuh dengan kesederhanaan dan mudah. Audi juga adalah contoh logo kereta yang mudah kerana hanya melibatkan bulatan, begitu juga dengan BMW yang membawakan bendera Bavaria dan Volkswagen dengan VW. Logo yang terbaik bagi kategori ini sudah tentu Mercedes-Benz yang mempunyai simbol paling ikonik di dalam dunia.

logo kereta dunia

8) Abarth 
Abarth mungkin satu nama yang agak asing dalam dunia permotoran. Namun pada tahun 50-an ke 60-an dahulu, Carlo Abarth telah membina semua jenis kereta lumba sendiri dan memberikan asas kepada Porsche. Logo kereta Abarth mempunyai ikon salah satu haiwan yang paling hebat iaitu kala jengking.

logo kereta dunia

7) Kaiser
Kaiser juga mungkin agak asing dalam arena kereta kini namun pada permulaan 40-an hingga 50-an, Kaiser adalah sebuah syarikat kereta yang banyak mencuba untuk memasuki pasaran tetapi gagak. Kaiser memilih kerbau sebagai ikon di dalam logo kereta mereka. Kaiser juga dikatakan mempunyai logo kereta yang agak menarik yang pernah dilihat.

logo kereta dunia

6) Voison
Banyak logo-logo kereta berseni yang pernah wujud seperti Ford V8 dan Hispana-Suiza. Namun yang paling klasik dalam kalangan semua ialah Voison, kereta yang berasal daripada Perancis. Voison pada awalnya membuat kapal terbang tetapi mereka juga mula melibatkan diri dalam automotif. Logo kereta yang kelihatan seperti Cleopatra ini adalah logo yang digunapakai untuk sektor kereta mereka.

logo kereta dunia

5)  Lea-Francis
Banyak pembuat kereta inginkan haiwan mitos sebagai logo kereta mereka seperti Griffin. Gabungan antara singa dan helang adalah antara gabungan yang menarik untuk melahirkan kemegahan dalam logo kereta. Namun yang lebih menarik daripada griffin adalah rekaan logo kereta ini yang diilhamkan daripada haiwan mitos gabungan kuda dan ikan duyung.

logo kereta dunia

4) Volvo
Logo Volvo adalah antara logo yang digemari kerana gayanya yang mudah tetapi elegen. Ianya seperti melambangkan besi-besi dan kimia zaman dahulu kala yang kuat dan kukuh. Ini sangat bersesuaian dengan kereta Sweden yang sememangnya dikenali dengan kekuatan badannya.

logo kereta dunia

3) Rover
Rover telah menghasilkan banyak kereta-kereta yang terus pada tahun-tahun akhir syarikat mereka. Logo mereka sedikit tercalar kerana reputasi yang jatuh ini. Namun bagaimanapun logo mereka masih lagi nampak menarik dengan memberikan lambang kapal Viking.

logo kereta dunia

2) Playboy
Jika anda belum tahu, Playboy juga pernah menjadi syarikat pembuatan kereta. Malah majalah Playboy kegemaran anda semua (:P) itu dikatakan berasal daripada industri automotif. Kerana hasil logo yang begitu pelik ini, ianya antara yang menarik di kalangan logo-logo kereta di dunia.

LOGO KERETA DUNIA

1) Gordon-Keeble
Gordon-Keeble adalah syarikat kereta berprestij di British yang menghasilkan kereta mewah. Namun, logo kereta mereka adalah kura-kura! Jadi tidak hairanlah syarikat ini jatuh dan keluar dari pasaran kereta dunia dalam masa beberapa tahun sahaja.

1 Response to "10 Logo Kereta Dunia Yang Menarik"