10 Pembunuh Bersiri Sepanjang Zaman. Siapa Paling Kejam?

siapa pembunuh paling kejam

Berdasarkan definisi, pembunuh bersiri adalah individu yang membunuh tiga atau lebih orang dalam tempoh masa tertentu. Individu sebegini kebiasaanya mereka yang mempunya masalah mental dan kurang waras yang kelihatan sangat normal dan seperti manusia biasa pada luarannya. Siapa pembunuh paling kejam?


Berdasarkan sejarah, pihak berkuasa telah berjaya menangkap ramai individu yang didapati bersalah sebagai pembunuh bersiri. Walaubagaimanapun, ianya mengambil masa yang agak lama untuk sesuatu penangkapan dilakukan. Ini kerana pembunuh bersiri adalah individu yang bijak menyembunyikan jenayah mereka dari pengetahuan umum.

Artikel lain: Lelaki kreatif melukis muka sendiri seperi sebenarnya

Berikut adalah sepuluh pembunuh bersiri yang paling terkenal sepanjang zaman.

10) Dennis Rader 
Dennis Rader Pembunuh bersiri

Dalam tempoh masa 17 tahun, Dennis Rader dipercayai telah melakukan pembunuhan sekurang-kurangnya 10 orang di kawasan Kansas, Amerika Syarikat. Dennis Rader juga dipercayai merupakan pembunuh BTK iaitu Bind, Torture and Kill yang bermaksud Ikat, Seksa dan Bunuh. Apa yang pelik mengenai pembunuh bersiri ini adalah, dia sering menghantar nota kepada pihak media menerangkan bagaimana setiap pembunuhan yang dilakukannya. Berdasarkan nota-nota yang dikirim, Rader mengikat mangsa dan bergelut serta mengcekik sehingga mangsa pengsan. Dia akan menyedarkan mangsa kembali dan mengulangi proses yang sama. Setelah mangsa mati, Rader menggunakan pakaian mangsa untuk memuaskan nafsunya.

Rader juga sering mengejek dan memerli pihak polis kerana tidak dapat menangkapnya. Tetapi malang bagi Rader, nota dan surat yang dikirimnya menyebabkan dia tertangkap pada tahun 2005. Pihak polis dapat mengesan fail yang sudah dipadam dalam disket yang dihantar Rader, mengandungi maklumat mengenai gereja yang sering dihadiri Rader. Dia didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tanpa parol atas 10 tuduhan.

9)Andrei Chikatilo
Andrei Chikatilo pembunuh bersiri

Andrei Chikatilo dilahirkan di Ukraine dan membesar menjadi seorang pembunuh di bawah Soviet. Dia cukup terkenal dengan nama samaran seperti "Rostov Ripper", "Butcher of Rostov", dan "Red Ripper". Bedasarkan rekod pihak berkuasa, dia telah membunuh sekurang-kurangnya 52 orang kanak-kanak dan wanita dalam tempoh masa 12 tahun. Mangsa pertama Chikatilo adapah seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun. Dalam pembunuhan yang tidak disengajakan ini, dia mula merasakan kepuasan dengan mengelar dan menikam kanak-kanak juga wanita sehingga mati. Chikatilo pernah ditangkap tetapi dibebaskan kembali kerana bukti yang tidak mengcukupi untuk dihukum seumur hidup. Hasil dari usaha gigih pihak berkuasa, Chikatilo akhirnya ditangkap pada tahun 1990 dan mengaku bersalah membunuh 36 orang. Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah dengan tuduhan 52 pembunuhan pada tahun 1992.

8)Richard Trenton Chase
Richard Trenton Chase pembunuh bersiri

Richard Trenton Chase sangat dikenali sebagai "The Vampire Sacramento". Gelaran ini diberi kerana dia bukan sahaja membunuh malah memakan bahagian-bahagian badan mangsanya dan meminum darah mereka. Pada awalnya, Chase hanya membunuh haiwan dan memakan secara mentah. Dia kemudian ditahan di wad pesakit mental dan diberi ubat anti-psikotik. Dia kemudiannya dibebaskan dan bermulalah episod pembunuhan kejam. Chase membunuh enam orang dalam masa satu bulan. Selepas mangsa dibunuh, dia melakukan hubungan seks dengan badan-badan mangsa. Dia juga dipercayai mencampurkan sebahagian badan mangsa dengan minuman ringan untuk dibuat "milkshake" iaiti susu kocak. Pada tahun 1979, Chase akhirnya ditangkap selepas dia membunuh satu keluarga. Chase dijatuhkan hukuman mati menggunakan kebuk gas beracun telah membunuh diri sebelum tarikh hukuman dijatuhkan.

7) Aileen Wuornos
 Aileen Wuornos pembunuh wanita bersiri

Agak sukar untuk melihat perempuan sebagai seorang pembunuh bersiri kerana sifat mereka yang lemah lembut dan benci pada kekerasan. Tapi tidak bagi Aileen Wuornos. Kisah hidupnya yang sering diabai dan didera menjadikan dia seorang yang bersikap kejam. Pada umur 15 tahun, Wuornos mengandungkan anak yang pertama hasil dari hubungan sumbangnya dengan adik kandung sendiri. Wuornos jatuh cinta pada seorang wanita dan memberikan sokongan penuh untuk wanita tersebut menjadi pelacur. Dalam tempoh masa bisnes pelacuran, dia telah membunuh 7 lelaki dan mendakwa lelaki-lelaki tersebut cuba untuk memaksa dan mencederakannya semasa melakukan hubungan seksual. Dia akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati melalui suntikan maut.

6) Henry Lee Lucas 
Henry Lee Lucas pembunuh bersiri

Henry Lee Lucas merupakan pembunuh bersiri paling prolifik dalam secara jenayah Amerika Syarikat. Dia telah membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dalam tempoh masa 20 tahun, walaupun melalui pengakuannya sendiri dia telah membunuh lebih daripada 600 orang. Dia ditangkap dan dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh ibunya sendiri. Oleh kerana kesesakan di dalam penjara, dia akhirnya dibebaskan. Lucas mula mengenali Ottis Toole dan menjadi seorang pemandu drift. Toole kemudiannya menjadi rakan jenayah Lucas dan terlibat dalam pembunuhan lebih daripada 108 orang. Lucas akhirnya ditangkap dan mati dalam penjara kerana sakit tua pada tahun 2001.

5) Ed Gein
Ed Gein pembunuh bersiri

Ed Gein hanya disabitkan dengan 2 pembunuhan sahaja. Berdasarkan kes Gein, dia sebenarnya tidak termasuk dalam definisi pembunuh bersiri. Tetapi perbuatannya yang menakutkan telah menjadi inspirasi bagi beberapa buah filem pembunuhan seram seperti Psycho. Gein tinggal bersama abang dan ibunya. Selepas kedua-duanya meninggal, Gein mula menggali kubur wanita yang dirasakannya menyerupai wajah ibunya. Dari 2 pembunuhannya, pihak polis menemui bahagian badan yang bertebaran di sekeliling bandar. Pihak polis juga menemui tengkorak yang dijadikan mangkuk, daging-daging dijadikan kerusi untuk berehat dan juga tali pinggang yang diperbuat dari puting manusia. Dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan sisa hidup di hospital mental.

4) Gary Ridgway
Gary Ridgway pembunuh bersiri

Gary Ridgway dipercayai membunuh dengan mencekik mangsa-mangsanya. Dia dipercayai telah membunuh kira-kira 71 wanita dalam tempoh masa 8-10 tahun. Lima mangsanya yang pertama ditemui pihak berkuasa di Green River. Oleh kerana itu, Ridgway lebih gemar digelar sebagai pembunuh Green River. Ridgway dipercayai membayar pelacur untuk bersamanya kemudian bertindak mencekik mereka. Dia berjaya melarikan diri dan bersembunyi dari pihak berkuasa sehingga akhirnya ditangkap pada tahun 2001.

3) Ted Bundy
Ted Bundy pembunuh bersiri

Ted Bundy digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karisma yang tinggi dan sangat mesra dengan kenalannya. Personalitinya yang baik dan peramah ini menyembunyikan dirinya yang sebenar iaitu seorang pembunuh bersiri yang mempunyai masalah mental. Dalam tempoh masa 4 tahun, dia dipercayai menculik dan membunuh lebih kurang 30 wanita muda di Amerika Syarikat. Untuk menarik perhatian mangsa-mangsanya, dia menyamar sebagai seorang tokoh atau pihak berkuasa. Dia juga sering berpura-pura sebagai orang kurang upaya. Mengikut laporan, dia juga dipercayai sering memecah masuk ke dalam rumah mangsa dan kemudian menikam mangsa ketika sedang tidur. Dia kemudia merogol dan mengerat-ngerat mangsa. Kepada mangsa kebiasaanya disimpan sebagai koleksi peribadi. Bundy akhirnya ditangkap pada tahun 1979 dan dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989.

2) John Wayne Gacy
John Wayne Gacy pembunuh bersiri

John Wayne Gacy sangat popular dengan gelaran "The Killer Clown" dan merupakan salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal dalam sejarah dunia. Dia ditangkap menyerang dua remaja lelaki dan melakukan serangan seksual. Ekoran kes ini, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Oleh kerana tingkah laku yang baik sebagai banduan, dia dibebaskan dengan parol. Selepas dibebaskan, dia dengan suka rela menjadi badut Pogo di majlis majlis perarakan dan juga parti. Namun di sebalik karakternya, dia telah membunuh hampir 33 remaja dan menanam mayat mereka dia halaman rumah dan sungai yang berhampiran. Selepas ditangkap, pihak berkuasa menemui tulang di rumahnya dan memaksa dia untuk mengaku bersalah atas kes pembunuhan.

1) Jeffrey Dahmer
Jeffrey Dahmer pembunuh bersiri

Jeffrey Dahmer merupakan salah satu pembunuh bersiri paling ditakuti di Amerika Syarikat bedasarkan sejarah negara tersebut. Dalam tempoh masa 13 tahun, Dahmer telah membunuh 17 kanak-kanak lelaki dan juga pemuda lelaki. Bukan sekadar membunuh, dia juga dipercayai merogol mangsanya dan mengerat anggota badan dan dimakan. Pihak polis pada awalnya mengesan sesuatu yang ganjil di apartment kediamannya. Dia dipercayai telah menggerudi kepala mangsa-mangsanya yang masih hidup semasa melakukan perbuatan seksual. Dan apabila mangsa-mangsanya telah  mati, dia sekali lagi melakukan hubungan seksual dengan mayat dan memakan bahagian badan mangsanya. Dia akhirnya ditangkap pada tahun 1994 dan dipukul sehingga mati oleh penghuni penjara yang sama.

Itulah 10 pembunuh bersiri sepanjang zaman. Sangat ngeri dan seram jika dilihat pada cara pembunuhannya. Memang mereka ini mempunyai masalah mental yang serius. Berdoalah kita dijauhkan dari orang-orang seperti ini.

Kredit: The Richest

Anda rasa info ini menarik? Kongsikan dengan rakan di sini.

2 Responses to "10 Pembunuh Bersiri Sepanjang Zaman. Siapa Paling Kejam?"

  1. Pergh muka baik.. tp ganas2...
    Tak silap aku ada agu sorang yg nama ada manson xsilap aku...
    Boleh tahan gak..

    ReplyDelete
  2. Aah ada. Kalau tak salah nama dia Charles Milles Manson. Ni pun psiko jugak. Bunuh 7 orang. Famous sebab bunuh pelakon Sharon Tate kalau xsilap.

    ReplyDelete