Biodata Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014




Biodata Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega 2014. Nama Kumpulan Zero kini harum semerbak hasil persembahan konsisten mereka di Maharaja Lawak Mega 2014 setakat minggu ke 4. Naib Juara Raja Lawak Musim Ke 6 tahun 2012 (di belakang Shiro) yang berasal dari Daerah Kudat merupakan antara peserta yang paling cemerlang dengan idea-idea lawak yang bermutu tinggi dan baru dan hasilnya Kumpulan Zero telah mencipta rekod dengan mendapat 4 1/2 bintang di Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 4 yang lalu. Dan kini Zero telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014.

Sudah tiba masanya bagi mereka yang tidak mengenali kumpulan ini untuk mengetahui latar belakang Kumpulan Zero yang terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Syaiful (25), Sharif (23) dan Atu (21).

Tiga beradik ini mahu mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah. 

Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.
Biodata Kumpulan Zero
Dari kiri - Atu, Syaiful dan Sharif

BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)
Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
* Syaiful diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari 2015. 

Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

FB Kumpulan ZERO https://www.facebook.com/pages/Zero-Maharaja-Lawak-Mega-Original/1544269729172140

0 Response to "Biodata Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014"

Post a Comment