Pesan Jep & Shuib Sepahtu Kepada Kumpulan Zero

Pesan Jep & Shuib Sepahtu Kepada Zero | "Saya sendiri secara jujurnya berjumpa dengan Zero dan mereka memberitahu sekiranya menang mereka mahu menghantar ibu mereka untuk tunaikan haji dan membuat rumah"

Pesan Jep & Shuib Sepahtu Kepada Zero

"Tiada siapa pun pasukan underdog dalam MLM ini, sesiapa sahaja yang bagus sudah semestinya layak untuk menang.

"Saya kata, saya doakan kalau begitulah niat mereka. Saya rasa saya puas dengan kemenangan Zero. Saya juga bercakap dengan mereka kalau menang jangan lupa janji kepada ibu mereka, kalau tak silap saya di minggu kelima kami bejumpa," begitulah pesan Jep Sepahtu mengenai kemenangan kumpulan Zero.

Ibu Kumpulan Zero Pengsan Selepas Melihat Anaknya Juara MLM2014

Dalam pada itu pesan Shuib pula, kemenangan Zero adalah sangat diperlukan setelah dia mengetahui apa yang sebenarnya dihajati oleh pasangan trio adik beradik itu.

“Apabila mereka dapat masuk final, saya cakap kepada mereka, Alhamdulillah. Saya sudah mengenali kumpulan Zero sejak daripada zaman Raja Lawak sehinggalah sekarang ini. Saya juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kumpulan Zero”

“Jadi untuk malam ini kita kena terima bukan rezeki Sepahtu dan kemenangan mereka malam ini diperlukan kerana nak bagi emak mereka (Zero) menunaikan haji, buat rumah dan kahwin itu selayaknya,” tambah Shuib. - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2015/02/pesan-jep-shuib-sepahtu-kepada-zero.html#.VNkAifmUem0

0 Response to "Pesan Jep & Shuib Sepahtu Kepada Kumpulan Zero"

Post a Comment