[Gambar] 10 Tempat Awesome Wajib Dilawati Di Seluruh Dunia - Siri 1


Bumi ini penuh dengan keindahan dan keajaiban. Keindahan flora dan fauna kadang-kadang tidak mampu kita fikirkan kalau tidak melihatnya sendiri.

Bagi yang suka mengembara ke seluruh pelosok dunia, ini adalah senarai tempat-tempat yang wajib anda kunjungi suatu hari nanti.

1. Zhangye Danxie di Gansu, China
Permukaan bumi yang berwarna warni ini dikatakan adalah hasil dari batu pasir merah dan garam mineral selama 24 juta tahun dahulu.

2. Buaian "End of the World" di Banos, Ecuador

Sebuah rumah pokok yang dibina dengan buaian di pinggiran Ecuador. Naiki buaian ini dan anda mampu melihat terus gunung berapi aktif yang berada berhampiran. Tapi hanya yang berani sahaja boleh merasa kerana buaian ini tidak dilengkapi apa-apa ciri keselamatan. Sendiri naik, sendiri tanggung!

3. Lubang "Great Blue" di Belize
Di sebuah kepulauan Belize, terdapat satu lubang yang cukup dalam di lautan yang menyerupai mata. Ini adalah antara lokasi skuba yang terkenal dengan kedalaman lautnya sedalam 407 kaki.

4. Ladang Bunga Tulip di Belanda

Bagi yang mencintai bunga, ini adalah lokasi wajib lawat. Walaubagaimanapun lokasi ini adalah lokasi persendirian, mungkin anda memerlukan kebenaran untuk memasukinya.

5. Gua Han Son Doong di Wilayah Quang Binh, Vietnam
Gua Son Doong adalah gua terbesar yang terbentuk dalam masa 2-5 juta tahun lampau. Keluasaanya boleh memuatkan bangunan 40 tingkat sepanjang setengah batu!

6. Taman Hitachi Seaside di Hitachinaka, Ibaraki, Jepun
Taman bunga di Jepun ini sangat cantik terutama jika kena pada musimnya. Menjadi lokasi pelancong dengan tarikan utama 4.5 juta bunga "baby blue-eyes" yang berkembang.

7. Gua Ais Mendenhall Juneau di Alaska, Amerika Syarikat
Gua ais ini terletak betul betul di bawah glacier Mendenhall. Apa yang membuatkannya lebih menarik ialah ia akan cair bila anda memasukinya.

8. Gunung Roraima di Venezuela, Brazil dan Guyana
Gunung yang mempunya permukaan rata ini antara gunung tertua di dunia dan dianggarkan terhasil dalam 2 bilion dulu. Gunung ini juga berada dalam 3 buah negara iaitu Brazil, Guyana dan Venezuela. Jika anda berada disini, bermakna anda berada di 3 buah negara serentak!

9. Wilayah Lampau Anatolia di Cappadocia, Turki
Jika anda gemarkan sejarah, tempat ini yang paling menarik untuk dilawati. Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong untuk menaiki belon udara.

10. Lautan Bintang di Kepulauan Vaadhoo, Maldives
Apa yang kelihatan seperti bintang-bintang di atas adalah biasan mikrobs marin yang dipanggil phytoplankton. Melihat laut sebegini benar-benar memberikan anda pengalaman yang tidak dapat digambarkan. Daripada kita shopping seharian, baik kumpul modal untuk mengembara.

Jadi lokasi mana pilihan anda?
Ini adalah Siri 1, nantikan 10 lagi lokasi lawatan menarik di Siri 2.

Laporan asal: Buzzfeed


1 Response to "[Gambar] 10 Tempat Awesome Wajib Dilawati Di Seluruh Dunia - Siri 1"

  1. ohsemm d'oh...post yang menarik!

    teruskan post entry2 yang ohsemm lagi ya..jom ke ohsemm.com untuk berita dan isu hangat dalam dan luar negara

    ReplyDelete