[Gambar] Koleksi Dokumentari Fotografi 36 Hari Terakhir Penhidap Kanser

Apa yang bakal anda lihat ini mungkin akan menuntun jiwa anda. Jika ada yang melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik, ada juga yang sedang berjuang hanya untuk melangsungkan hidup. Seorang jurnalis foto yang juga merupakan rakyat Malaysia, Ahmad Yusni mendedikasikan perjuangan adiknya, Mohammad Sani berjuang melawan kanser dalam bentuk fotografi. Dokumentari fotografi ini diambik dalam masa beberapa hari selepas adiknya disahkan doktor menghidap kanser sel kuman.

Walaupun usia Sani baru mencecah 33 tahun, kanser yang dihidapinya menyebabkan badan sani kelihatan lemah dan tidak bermaya.

Gambar Sani pada tahun 2010


Setelah Sani disahkan menghidap kanser, badan beliau perlahan-lahan semakin lemah dan kritikal dalam masa 39 hari berikutnya. Kasih sayang seorang abang, Ahmad Yusni tidak pernah lekang dari Sani sepanjang perjuangan Sani menanggung kesakitan.






Kebiasaannya morfin digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan memberi peluang kepada pesakit untuk tidur. Tetapi dalam kes ini, kesakitan yang dialami Sani tidak dapat dibendung dengan morfin semata-mata. Dokumentasi yang dilakukan oleh Ahmad Yusni membawa harapan agar adiknya kembali sembuh seperti sedia kala suatu hari nanti. Kanser yang dihidapi Sani menyebabkan beliau tidak dapat makan, minum mahupun tidur dan terpaksa berjaga sepanjang waktu.





Setelah 39 hari beliau menanggung kesakitan, Sani meninggal dunia pada tarikh 28 Disember 2013 yang lalu. Arwah sempat menyampaikan salam sayangnya kepada Ahmad Yusni dan berterima kasih atas jasa yang dicurahkan. Mohammad Sani dikebumikan di Parit Buntar di mana arwah bapa mereka dikebumikan sebelim ini. Bersama-samalah kita mensedekahkan Al-Fatihah agar roh Mohammad Sani dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman pada-Nya. Al-Fatihah.

Laporan asal: Viral Nova

0 Response to "[Gambar] Koleksi Dokumentari Fotografi 36 Hari Terakhir Penhidap Kanser"

Post a Comment