[WTF] Jalan Penuh Dengan Kedai Tiruan. Hanya Di China.

kedai tiruan china

Jika anda menyusuri jalan-jalan di bandar yang terletak berhampiran Stesen Kereta Api Wuxi Timur di bandar Wuxi, Daerah Jiangsu, China, berlambar kedai-kedai tiruan dibangunkan. Pemaju kompleks Shimao Skyscrape telah mengisi tingkat bawah bangunan dengan kedai yang menggunakan logo dan nama yang hampir sama dengan jenama yang terkenal didunia.


Daripada Apple, kedai tiruan menjadi "Appla", Zara kepada "Zare", H & M menjadi "H & N" dan juga Starbuck Coffee berubah menjadi sesuatu yang agak pelik dan sukar untuk dibaca iaitu "Sffcccks Coffee". Semua kedai-kedai tiruan ini memaparkan tanda kedai yang hampir sama dengan jenama-jenama terkenal dunia dan juga dalam font tulisan yang sama. Jika dilihat dari jauh, tanda kedai ini kelihatan sangat sama dan sukar untuk dibezakan. Jalan ini kini dikenali dengan "jalan tiruan".
kedai tiruan china

Walaubagaimanapun, kedai-kedai ini bukanlah kedai yang betul. Ianya hanyalah semata-mata sekadar hiasan luaran untuk kompleks tersebut. Buat masa sekarang, kesemua kedai ini masih lagi kosong. Ianya dibuat untuk mewujudkan suasana kedai kompleks bagi menarik minat-minat pembeli hartanah untuk membeli lot kedai tersebut.

kedai tiruan china

kedai tiruan china

kedai tiruan china

kedai tiruan china

China yang sememangnya tersohor dengan replika dan pelanggaran hak cipta. Ditambah lagi dengan kerajaan yang tidak mengambil peduli tentang hal ini menyebabkan ianya semakin berleluasa dan dijangka tidak akan berhenti dalam masa terdekat.

Kredit: Amusing Planet

Anda rasa China agak melampau dalam meniru hak cipta terpelihara? Kongsikan info ini dengan rakan-rakan.

1 Response to "[WTF] Jalan Penuh Dengan Kedai Tiruan. Hanya Di China."

  1. owh ingat kedaibetul tadi..sekali tgk memnag mcm kedai betul

    ReplyDelete