[Gambar] 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition Yang Sangat Cool

Kalau bercakap mengenai kereta, lelaki yang malas pun menjadi rajin. Betul ke? Kali ini mengenai Mercedes. Mercedes baru saja melancarkan kereta edisi khas A45 AMG di majlis 2014 Tokyo Auto Salon. Ianya dipanggil Petronas Green Edition. Edisi khas ini berdasarkan model A45 AMG Edition 1 sedia ada sekarang dan ianya dibina untuk melahirkan penghargaan kepada Petronas sebagai penaja utama dalam Formula 1.

Tiada maklumat lanjut mengenai enjin model ini tetapi ianya dipercayai hampir sama dengan model asal iaitu keupayaan enjin 2.0 liter dengan 4 silinder enjin turbocharged yang mampu menghasilkan 360 kuasa kuda. Tetapi sayang ianya hanya dijual di Jepun sahaja dan hanya dihasilkan sebanyak 30 unit.

Di bawah adalah gambar-gambar model yang menggunakan hijau Petronas sebagai tema utama.

2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition

Anda rasa ini cool? Patutkah model ini turut dikeluarkan di Malaysia? Teknologi yang semakin maju dan design yang semakin menarik. 

Laporan asal: TopGear

0 Response to "[Gambar] 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition Yang Sangat Cool"

Post a Comment