6 Kemungkinan Sebab Flappy Bird Ditamatkan Riwayat

Permainan tablet dan phone yang sedang menjadi trend masa kini, Flappy Bird akhirnya ditamatkan riwayat pada hari Isnin lepas. Permainan yand dilancarkan pada linkungan bulan Mei 2013 ini mula menjadi kegilaan dunia pada penhujung tahun lepas.
flappy bird ditarik balik ditamatkan
Permainan yang dibina oleh Nguyen Dong, seorang pembina permainan elektronik di Hanoi, mampu meraih sehinggan 50, 000 US Dollar sehari berdasarkan anggaran kasar. Itu sudah mencecah hampir RM 150, 000 sehari!. Namun, Nguyen akhirnya mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya untuk menarik balik Flappy Bird di semua platform samaada Apple mahupun Android.


Persoalannya kenapa dia sanggup melepaskan habuan yang begitu besar ini? Ini adalah kemungkinan besar sebabnya.

1) Nintendo
Anda masih lagi ingat Mario Bros? Bagi yang lahir pada awal tahun 90-an, Mario Bros adalah satu kegilaan. Walaupun Nguyen menafikan tindakannya ini berkaitan dengan undang-undang, namun jika dilihat dari sudut logik, rekaan paip dalam Flappy Bird seolah-olah menyerupai paip di dalam permainan Mario. Berkemungkinan besar juga Nintenda akan mengambil tindakan undang-undang. Sebelum ianya terjadi, Nguyen terlebih awal menarik balik permainan ini.
flappy bird macam mario bros terowong
Terowong hijau dalam Flappy Bird seolah-olah dalam permainan Mario Bros
2) Konspirasi 'Bot'
Flappy Bird dilancarkan pada Mei 2013 dan melonjak naik pada Disember tahun sama. Dikatakan tidak pernah ada sebarang promosi dilakukan untuk menaikkan permainan ini di iTunes. Warga internet mengeluarkan andaian bahawa 'bots', iaitu akaun tidak asli, digunakan untuk memuat turun permainan ini dan memberikan review yang terbaik. Walaupun Nguyen menafikan, tetapi ini mungkin salah satu faktor utama.

3) Teknik Pemasaran
Tindakan Nguyen mengeluarkan kenyataan menarik balik Flappy Bird, hampur seluruh dunia mula menyebarkan cerita termasuk Trend Viral. Secara tidak langsung Flappy Bird yang memang sudah terkenal akan bertambah publisitinya. Mungkin juga ini satu teknik pemasaran.

4) Nguyen Tidak Dapat Menerima Kritikan
Nguyen kini penuh dengan publisiti dan cukup terkenal kerana permainan yang dibinanya. Permainan Flappy Bird mempunyai peringkat-peringkat dan ada peringkat yang agak susah untuk dilepasi. Mangsa yang menjadi serangan pemain adalah Nguyen sendiri di laman Twitternya. Ramai pemain mula mengkritik Nguyen dan berkemungkinan dia tidak dapat menerima kritikan yang agak melampau.
flappy bird twitter komen nguyen
flappy bird twitter komen nguyen

5) Hidup Yang Aman
Cuba bayangkan kehidupan yang dahulunya aman, tanpa sebarang gangguan dan kini tiba-tiba berubah. Semua media mula menumpukan pada anda dan ramai yang mula mengetuk pintu rumah saban hari. Ini yang dialami oleh Nguyen. Mungkin juga dia rindukan kehidupan lamanya yang lebih tenang dan aman. Dia juga menyatakan isu ini bukan kerana duit.
flappy bird bukan untuk dijual

6) Ketagihan Pemain
Juga berkemungkinan oleh pemain-pemain permainan Flappy Bird seperi kita. Mengikut Nguyen, dia tidak menarik balik Flappy Bird kerana tindakan undang-undang tetapi kerana ramai yang bermain melampaui batas dan menyebabkan ketagihan.
flappy bird penyebab ketagihan

Ini adalah kebarangkalian punca-punca kenapa Nguyen menarik balik permainan yang boleh membukatkan dirinya menjadi seorang jutawann sekelip mata sahaja.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa patut permainan ini ditarik balik?

Laporan asal: News.com.au

0 Response to "6 Kemungkinan Sebab Flappy Bird Ditamatkan Riwayat"

Post a Comment