Pembedahan Kosmetik Tajamkan Dagu, Pengacara Cantik Korea Dikutuk

Hidup ini berbagai-bagai dapat kita lihat. Jika dalam perkongsian sebelum ini mengenai pesakit yang berjuang melawan kanser, kali ini pula mengenai manusia yang terlalu inginkan kecantikan. Dalam kes-kes yang ekstrem, pembedahan plastik tidak sentiasa memberikan hasil yang lebih baik dan cantik dari yang asal. Seorang pengacara di Korea Selatan yang kelihatan sudah menarik mengambil keputusan untuk menjalan pembedahan plastik untuk menajamkan dagu.

Wanita yang tidak didedahkan nama itu dikatakan adalah seorang pengacara di salah sebuah syarikat televisyen di Korea Selatan. Hasil dari pembedahan plastik itu, dia dikecam dan dikutuk dalam ruangan forum internet di Jepun.

Gambar di bawah ini adalah rupanya sebelum pembedahan dilakukan.


Dan di bawah ini adalah gambarnya selepas melakukan pembedahan plastik.







Forum yang menjadi ruangan sembang semasa itu mengecam tindakannya kerana hasilnya kelihatan buruk.

Korea Selatan adalah antara negara terbesar yang melakukan pembedahan kosmetik dan melalui anggaran, 1 daripada 5 wanita Korea telah menjalani pembedahan plastik.

Ini bukan kali pertama pembedahan plastik ekstrem seperti ini. Pernah juga ada pembedahan plastik yang menyerupai Ken dan Barbie.



Anda rasa perlu ke pembedahan plastik yang ekstrem seperti ini?

Laporan asal: Sploid

0 Response to "Pembedahan Kosmetik Tajamkan Dagu, Pengacara Cantik Korea Dikutuk"

Post a Comment