10 Individu Terkaya Dunia. Siapa Paling Berharta?

Tidak semua orang dilahirkan sebagai orang yang berada dan mempunyai harta yang melimpah, namun begitu ada mencapai kejayaan dengan kerja keras, kebijaksanaan dan kemahiran dalam membuat keputusan yang bagus dalam keadaan kritikal. Daya minda yang kreatif dan minat dalam perniagaan juga menjadi salah satu faktor penentu.

Artikel lain: 15 Penyertaan Guinness Book of Record Terbaru.

Berikut merupakan 10 orang terkaya di dunia yang terus menerus meluaskan empayar meskipun dalam keadaan ekonomi yang sukar.

10) Bernard Arnault & keluarga - Harta Bersih: USD 29 Billion
Bernard Arnault

Umur: 64 tahun
Punca Kekayaan: LVMH
Kerakyatan: Paris, Perancis
Status: Berkahwin
Anak: 5 orang

Arnault merupakan seorang penyelia kepada empayar-empayar mewah termasuk jenama Dom Perignon, Bulgari, Louis Vuitton, Thomas Pink dan De Beers. Tidak lama lagi beliau akan melantik anak perempuannya untuk mengambil alih kedudukan sebagai naib presiden eksekutif Louis Vuitton. Ini adalah anak yang kedua mengambil alih pentadbiran dalam syarikat besar. Anak lelakinya, Antoine mengarahkan syarikat kasut terkemuka, Beluti.

9) Liliane Bettencourt & keluarga - Harta Bersih: USD 30 Billion
Liliane Bettencourt

Umur: 91 tahun
Punca Kekayaan: L'Oreal
Kerakyatan: Paris, Perancis
Status: Balu
Anak: 1 orang

Pada usia 91 tahun, Liliane Bettencourt adalah wanita yang terkaya di dunia dan kini kembali dalam carta ke sepuluh terkaya buat kali pertama sejak tahun 1999. Dia dan keluarganya memiliki lebih daripada 30% saham L'Oreal, syarikat yang diasaskan oleh bapanya. Pada tahun ini, keluarga ini meningkat kekayaan ekoran ransangan dalam saham kosmetik ini. Merupakan seorang balu dengan seorang anak dan mengalami penyakit dimensia. Jawatannya sebagai peneraju syarikat kini telah diambil alih oleh cucunya yang berusia 25 tahun, Jean-Victor Meyes pada February 2012.

8) Li Ka-Shing - Harta Bersih: USD 32 Billion
Li Ka-Shing

Umur: 85 tahun
Punca Kekayaan: Pelbagai, Usaha Sendiri
Kerakyatan: Hong Kong
Status: Duda

Li Ka-Shing merupakan antara penyokong awal Facebook dan Spotify. Dia melabur dalam BitPay, sebuah syarikat pembekal perkhidmatan pembayaran BitCoin, dan juga Misfit Wearables, yang mencipta pengesan pergerakan Shine yang juga diasaskan bersama oleh bekas Ketia Pegawai Eksekutif Apple, John Sculley. Merupakan orang terkaya di Asia yang menyelia empayar melalui syarikat sendiri iaitu Cheung Kong, Hutchison Whampoa dan Husky Tenaga, ditambah lagi dengan kepentingan dalam pelabuhan, hartanah, utiliti dan juga telekomunikasi. Dalam masa 2 tahun lepas, beliau menerima sejumlah USD 1.7 bilion dalam bentuk dividen.

7 & 6) David Koch & Charles Koch - Harta Bersih: USD 36 Billion
David Koch

David Koch
Umur: 73 tahun
Punca Kekayaan: Pelbagai
Kerakyatan: New York, AS
Status: Berkahwin
Anak: 3 orang

Charles Koch

Charles Koch
Umur: 78 tahun
Punca Kekayaan: Pelbagai
Kerakyatan: Wichita, Kansas, AS
Status: Berkahwin
Anak: 2 orang

Merupakan adik beradik yang mengetuai syarikat swasta kedua terbesar di Amerika Syarikat dengan jualan mencecah USD 115 bilion. Koch Industries memiliki firma-firma yang terlibat dalam penapisan bahan mentah, sektor kimia, perdagangan matawang dan pelbagai lagi. Sangat terkenal sebagai seorang penderma yang beragenda politik konservatif. Juga terlibat dalam sektor seni dan perubatan, termasuk Lincoln Center dan Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering.

5) Larry Ellison - Harta Bersih: USD 41 Billion
Larry Ellison

Umur: 69 tahun
Punca Kekayaan: Oracle (CEO dan Pengasas)
Kerakyatan: Woodside, California
Status: Bercerai
Anak: 2 orang

Merupakan CEO dan pengasas syarikat Oracle. Pada bulan Ogos lalu melalui temubual, beliau berkata zaman kegemilangan Apple sudah berlalu dan juga Google yang melanggar paten Oracle dalam perisian Android sebagai tindakan yang benar-benar jahat. Pada akhir bulan September, Oracle ditarik balik dari kemunculan semula dalam perlumbaan untuk memenangi piala America's Cup dalam sukap pelayaran. Beliau juga telah menderma sebanyak USD 445 milion kepada badan perubatan untuk menyokong kajian penuaan dan penyakit berkaitan.

4) Warren Buffett - Harta Bersih: USD 58.5 Billion
Warren Buffett

Umur: 83 tahun
Punca Kekayaan: Berkshire Hathaway (CEO)
Kerakyatan: Omaha
Status: Berkahwin
Anak: 3 orang

Umur dan juga penyakit kanser prostat yang dihidapi tidak menghalang Warren Buffett untuk mengundur diri. Setahun selepas menjalani rawatan radiasi, dia muncul sebagai lelaki keempat terkaya di dunia dan kini masih lagi beraksi dengan jumlah yang besar. Berkshire Hathaway hasil kerjasama dengan 3G Capital mengambil alih pembuat sos tomato terkemuka dunia, H.J. Heinz dengan nilai USD 23.2 bilian dan Berkshire juga membeli Nevada's NV Energy dengan nilai USD 5.6 bilion. Beliau juga menyerahkan USD 2 bilion saham Berkshire kepada Yayasan Gates pada bulan Julai yang sehingga kini memberikan pulangan hampir USD 20 bilion.


3) Amancio Ortega - Harta Bersih: USD 57 Billion
Amancio Ortega

Umur: 77 tahun
Punca Kekayaan: Zara
Kerakyatan: La Coruna, Sepanyol
Status: Berkahwin
Anak: 3 orang

Amancio Ortego, warga Sepanyol ini mencatatkan keuntungan paling besar tahun ini yang mencecah USD 19.5 bilion. Ianya melonjak naik namanya sebagai orang ketiga terkaya di dunia untuk kali pertama. Beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Inditex, yang menghasilkan produk terkenal iaitu Zara pada tahun 2011 tetapi masih lagi memiliki 60% saham yang melonjak naik sebanyak 50% keuntungan dari tahun ke tahun. Ortega juga melabur dalam hartanah yang banyak dibeli pada harga rendah semasa kegawatan ekonomu yang dianggarkan mencecah nilai USD 4 bilion.


2) Bill Gates - Harta Bersih: USD 72 Billion
Bill Gates

Umur: 58 tahun
Punca Kekayaan: Microsoft (Pengasas)
Kerakyatan: Medina, AS
Status: Berkahwin
Anak: 3 orang

Bill Gates merupakan individu terkaya di Amerika Syarikat (dan juga dunia jika diambil kira) walaupun selepas menghadiahkan USD 28 bilion kepada Yayasan Bill & Melinda Gates. Beiau sangat menyokong yayasan tersebut yang beusaha membasmi polio pada bulan April, dan mendapatkan USD 335 milion dalam perjanjian bersama-sama enam rakan jutawan yang lain termasuk USD 100 juta setiap satu dari Mexico, Carlos Slim dan Datuk Bandar New York, Mike Bloomberg. Saham Microsoft melonjak pada akhir bulan Ogos berikutan berika perletakan jawatan Steve Ballmer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Gates masih lagi kekal sebagai pengerusi syarikat perisian tersebut. Beliau dan Warren Buffett sehingga kini berjaya meyakinkan 100 orang golongan berada untuk menandatangani ikrar perjanjian untuk mendermakan sekurang-kurangnya separuh dari harta bersih untuk kebajikan.

1) Carlos Slim Helu & keluarga - Harta Bersih: USD 72 Billion
Carlos Slim Helu

Umur: 74 tahun
Punca Kekayaan: Telekomunikasi, Usaha Sendiri
Kerakyatan: Bandar Mexico
Status: Duda
Anak: 6 orang

Carlos Slim Helu memegang gelaran orang terkaya di dunia dengan nilai harta bersih mencecah USD 72 bilion. Dia pernah kehilangan gelaran ini kepada Bill Gates setelah kematian isterinya pada bulan Mei. Sebahagian besar punca kekayaan Slim terletak pada telekomunikasi. Beliau juga memiliki terlibat dalam perlombongan, kewangan, perindustrian dan juga syarikat hartanah. Pada tahun 2012, beliau membeli kelab bola sepak Mexico, Leon and Pachuca dan juga kelab Sepanyol, Real Oviedo. Pada bulan Februari, Slim dan Bill Gates mengumumkan bahawa mereka telah membiayai penyelidikan untuk mengurangkan kebuluran dan menyokong inovasi pertanian bagi negara-negara membangun.

Itulah senarai 10 individu terkaya di dunia. Ramai yang berjaya atas dasar keupayaan sendiri, bermula dari bawah dan membina perniagaan dari satu tahap ke satu tahap. Ianya berdasarkan kesungguhan dan usaha keras pada cara yang betul untuk mendapatkan sebuah kejayaan.

Kredit: Forbes

Adakah ini menjadi motivasi anda untuk berjaya? Apa kata kongsikan artikel ini dan berikan motivasi pada rakan-rakan yang lain.

0 Response to "10 Individu Terkaya Dunia. Siapa Paling Berharta?"

Post a Comment