Hanya Yang Berani Saja Layak Untuk Memasuki Kabin Kecil Ini.

Solvay Hut switzerland

Di puncak Metterhorn di Switzerland, salah satu puncak yang tertinggi di pergunungan Alps, Switzerland, sebuah kabin kecil wujud di tengah-tengah keputihan salji. Kabin kecil yang digelar Solvay Hut itu dimiliki oleh Alpine Club Switzerland, sebuah kelab mendaki gunung terbesar di Switzerland. Kabin kecil atau pondok ini dibina untuk pendaki di waktu kecemasan.


Artikel lain: 10 Pembunuh Bersiri Sepanjang Zaman. Siapa Paling Kejam?

Kabin ini dibina pada bulan Ogos 1915 dan semua bahan binaan dibawa naik ke Hornli Hut yang berada di ketinggian 3260 meter dengan bantuan haiwan. Dari sana kereta kabel sementara yang bersaiz agak kecil digunakan untuk mengangkut bahan binaan ke tapak kabin yang berada pada ketinggian 4000 meter. Kabin ini hanya mengambil masa 5 hari untuk dibina. Pada tahun 1966, pondok ini dibaik pulih semula dan telefon kecemasan dipasang pada tahun 1976.

Solvay Hut switzerland

Solvay Hut switzerland

Solvay Hut switzerland

Pondok ini dinamakan bersempena dengan nama Belgium Ernest Solvay (1838 - 1922) yang banyak menyumbang kepada pembinaan kabin ini. Ianya sebagai tanda ucapan terima kasih untuk masa yang telah diluangkan beliau semasa berada di pergunungan. Kabin ini juga dibina selepas kesedaran yang muncul apabila ribut salji sering membawa tragedi yang meragut nyawa. Ernest Solvay merupakan seorang ahli perniagaan dalam industri pengeluaran natrium karbonat sebelum dia melibatkan diri dalam aktiviti pergunungan.

Solvay Hut switzerland

Solvay Hut switzerland

Solvay Hut switzerland

Solvay Hut switzerland

Jika anda merupakan seorang pendaki dan berjaya mendaki hingga ke kabin ini, sememangnya anda layak untuk berehat di kabin yang cukup terkenal di pergunungan Alps ini.

Kredit: Amusing Planet

Pendaki-pendaki adalah individu yang cukup berani dan sukakan cabaran. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan.

2 Responses to "Hanya Yang Berani Saja Layak Untuk Memasuki Kabin Kecil Ini. "

  1. hebat2 diaorg ni...kalau aku mmg tak lah...gayat.

    ReplyDelete
  2. Itulah kan. Tinggi kot pergunungan tu. Dah la kat tepi macam tu je kabin.

    ReplyDelete