15 Rekod Penyertaan Guinness World of Record Baru. Semuanya Ter...

anjing terbesar dunia

Guiness World Records telah melancarkan edisi terkini dalam bentuk buku yang mendokumenkan pencapaian seluruh dunia, ini termasuk penyertaan baru bagi lembu yang paling pendek, ahli gimnas yang paling tua dan juga kereta yang terendah di dunia. Buku edisi ke 57 ini sangat laris di pasaran juga mempunyai penyertaan ahli sukan terberat dan juga anjing yang paling tinggi pernah direkodkan.


Artikel lain: [WTF] Jalan Penuh Dengan Kedai Tiruan. Hanya di China. 

Buku ini diterbitkan dalam 22 bahas di lebih 100 buah negara. 2013 Guinness World Records dijangkan akan menjual sekitar 2.7 juta salinan memaparkan pencapaian manusia di seluruh dunia. Ayuh kita lihat beberapa penyertaan baru.

1. Bisep Terbesar
bisep terbesar dunia
Bisep terbesar di dunia dimiliki oleh Mostafa Ismail, dari Mesir, yang berukuran 64.77 cm dalam keadaan flex dan 62.23 cm dalam keadaan biasa. Ukuran diambil untuk lengan belah kiri. Ianya dicatatkan di Franklin, Massachusetts, Amerika Syarikat di mana Mostafa tinggal.

2. Atlit Wanita Terberat
atlit terberat dunia
Ahli sukan wanita yang paling berat dimenangi oleh seorang ahli sumo, Sharran Alexander (UK) di London, United Kingdom yang mempunyai berat 203.21 kg.

3. Gimnas Tertua
gimnas tertua dunia
Ahli gimnas tertua adalah Johanna Quaas, lahir pada 20 November 1925 dari Jerman. Pada usia 86 tahun, dia merupakan seorang pesaing tetap dalam pertandingan amatur, Landes-Seniorenspiele yang berlangsung di Saxony, Jerman. Beliau melakukan rutin lantai dan palang dalam set "Lo Show dei Record" di Rom, Itali.

4. Fesyen Rambut Tertinggi
rambut tertinggi dunia
Gaya rambut tertinggi berukuran 113.5 cm merupakan kepunyaan Kazuhiro Watanabe (Jepun). Panjang ini disahkan di Bloc de I'art, sebuah salun rambut di Shibuya, Tokyo.

5. Anjing Tertinggi
anjing terbesar dunia
Anjing tertinggi pula adalah Zeus (USA) yang mempunyai ketinggian 1.118 m tinggi dan dimiliki oleh Denise Doorlag dan keluarganya di Otsego, Michigan USA. Zeus juga mengambil alih rekod anjing tertinggi dari pemegang sebelumnya iaitu Giant George.

6. Kuda Terbesar
kuda terbesar dunia
Kuda tertinggi dicatatkan ialah Big Jake, kuda berusia sembilan tahun yang mempunyai ketinggian 2.10 m di Smokey Hollow Farms, Poynette, Winconsin, USA.

7. Lembu Terkecil
lembu terkecil dunia
Lembu terpendek adalah Archie, lembu berusia 16 bulan yang mempunyai ukuran 76.2 cm.

8. Keldai Terbesar
keldai terbesar dunia
Keldai tertinggi pula milik Oklahoma Sam yang berusia empat tahun. Dengan ketinggian yang dicatatkan 1.55 m pada 10 Disember 2011. Keldai ini dimiliki oleh Linda Davis dari Watsonville, California, Amerika Syarikat.

9. Basikal Terberat
basikal terberat dunia
Basikal terberat dicatatkan seberat 750 kg yang dibina oleh Wouter Van Den Bosch (Belanda) dan ditunggang di Arnhem, Belanda.

10. Koleksi Barbie Terbanyak
koleksi barbie terbesar
Koleksi terbesar anak patung Barbie dimiliki oleh Bettina Dorfman (Jerman) yang mempunyai sebanyak 15, 000 anak patung Barbie yang berbeza. Dia mula mengumpul dari tahun 1993.

11. Koleksi Hello Kitty Terbanyak
koleksi hello kitty
Koleksi terbesar Hello Kitty pula dimiliki oleh Asako Kanda (Jepun) yang mempunyai 4, 519 barangan Hello Kitty yang berbeza. Rumahnya penuh dengan barangan jenama Hello Kitty seperti kuali, kipas elektrik dan juga tandas duduk.

12. Pemain Drum Termuda
pemain drum termuda
Pemain drum professional paling muda ialah Julian Pavone (USA) yang lahir pada 14 Mei 2004. Pada 21 Mac 2010, dia berumur 5 tahun, 10 bulan, 3 hari.

13. Set Drum Terbesar
set drum terbesar
Set drum terbesar yang mempunyai 340 keping yang dicantumkan dimiliki oleh Dr Mark Temperato (Amerika Syarikat) yang direkodkan di Lakeville, New York, Amerika Syarikat. Dr Mark Temperato adalah ahli band yang dikenali sebagai Jesus the Soul Solution.

14. Trak Lombong Terbesar
truck terbesar dunia
Trak lombong terbesar adalah model Westech T282C Flow Control Body yang direkodkan mempunyi isipadu 470.4 meter padu. Ia direka dan dihasilkan oleh Westech (US), sebuah syarikat Austin Engineering LTD.

15. Hotdog Terbesar
hot dog terbesar dunia
Hotdog terbesar direkodkan mempunyai berat 7 pound dan panjang 16 inci dijual di Chicago dengan harga 24 Pound Sterling.

Kredit: The Telegraph & The Daily Mail

Anda kagum atau pelik dengan rekod di atas? Kongsikan dengan rakan-rakan.

0 Response to "15 Rekod Penyertaan Guinness World of Record Baru. Semuanya Ter..."

Post a Comment