GAMBAR Suspek Bunuh Dan Kelar NurSyuhada Didedahkan Di Media Sosial.


Sebelum ini, gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh seorang lelaki semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.

Diharap perbuatan suspek yang secara suka-suka bertindak diluar batasan tersebut akan dibalas dengan setimpal. Semoga ini menjadi pengajaran kepada masyarakat khususnya kaum wanita agar berhati-hati walau dimanapun berada.

0 Response to "GAMBAR Suspek Bunuh Dan Kelar NurSyuhada Didedahkan Di Media Sosial."

Post a Comment