PANAS!! Shaheizy Sam Pernah Bercinta Dengan Fazura?

Sebelum ini, melalui program televisyen realiti Facing Up To Fazura yang disiarkan di Channel E! Fazura mendakwa pernah bercinta dan berkasih dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam filemManisnya Cinta Di Cappadoccia iaitu Shaheizy Sam.
Sam sebelum ini enggan memberi komen tentang dakwaan tersebut mendakwa dia perlu menonton rancangan itu terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.
Bagaimanapun melalui rancangan Melodi TV3 semalam, pelakon itu menafikan pernah bercinta dengan Fazura sebaliknya mereka berkawan sahaja.

Sam mendakwa bukan berdiam diri atau tidak mempedulikan perkara itu, sebaliknya dia berdiam diri kerana penat bekerja. Ditanya sama ada Fazura bertepuk sebelah tangan disebabkan sikap Sam sendiri yang memberi bayangan seolah-olah itu sebenarnya yang berlaku, Sam menafikannya.
Tak adalah, orang cantik seperti itu takkanlah bertepuk sebelah tangan. Cuma bila tiba masanya untuk saya bercerita nanti barulah saya akan bercerita.
Dan bila ditanya sama ada memang benar dia pernah bercinta dengan Fazura, dia tetap menafikannya.
Tak adalah. Ia lebih kepada hubungan kawan di mana kami bekerja secara profesional bersama-sama. Bagi orang yang tidak kenal mungkin berasa tidak selesa dengan dia tetapi saya selesa dengan dia dan masih berkawan dengan dia.
Hrmm agak pelik juga kerana kalau tidak apa-apa takkan Fazura dengan berani mengatakan mereka pernah bercinta di melalui rancangan realitinya itu.
Malah, pada tahun 2013 ada yang mendakwa melihat pasangan ini berjalan bergandingan tangan di Pavilion yang menguatkan desas-desus cinta mereka tika itu tetapi Sam mendakwa wanita itu adalah ibunya.
Mungkin benar percintaan itu tidak pernah terjalin atau mungkin jua Sam punya alasan tersendiri untuk menafikannya, hanya dia yang tahu sebabnya. Tak apa, kita tunggu apa kesudahannya dengan kisah cinta Sam suatu hari nanti.

0 Response to "PANAS!! Shaheizy Sam Pernah Bercinta Dengan Fazura?"

Post a Comment